Monday, 12 December 2011

Sejarah Rekoder


 




Apa itu rekoder ensemble?

PENDAHULUAN
Sejarah Rekoder.                                      
            Rekoder ialah alat woodwind yang tertua pernah dicipta. Walaupun telah wujud sejak sekian lama tetapi rekoder tidak popular sehingga pada tahun 1919. Rekoder telah diubahsuai oleh pembuat alat muzik bernama Arnold Dolmetsch dan anak lelakinya, carl. Mereka lahir di Perancis tetapi menetap di England. Carl Dometsch iaitu anak Arnold bersama beberapa orang ahli keluarga mereka telah menjadi pemain Rekoder Virtuoso. Kehebatan mereka bermain rekoder virtuoso menyebabkan ramai terpengaruh dan berminat untuk memainkan alat muzik tersebut.
            Rekoder merupakan antara alat muzik yang paling mudah untuk dibunyikan tetapi penjariannya lebih payah dibandingkan dengan flut. Penjarian flut lebih mudah kerana mempunyai kekunci penutupan lubang jari yang tidak terdapat pada rekoder.
            Terdapat enam jenis alat muzik dalam keluarga rekoder iaitu sopranino, soprano, alto, tenor, bes, dan great bes.
            Berikut adalah susunan keluarga rekoder daripada yang mengeluarkan bunyi paling tinggi hingga yang aling rendah. Bermula dengan bunyi yang paling tinggi iaitu sopranino, diikuti soprano, alto, tenor, bes dan bunyi yang paling rendah ialah great bes.

Matlamat:-
            Antara matlamat dalam permainan rekoder ensemble ini ialah untuk
  • Mendidik pelajar supaya berdisplin serta menikmati muzik dalam membuat persembahan dan membetuk isan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovasi.
Objektif:-
1. Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetika pelajar.
2. Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan.
3. Memupuk displin dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.
4. Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar.
5. Memperkembangkan bakat pelajar dalam permainan alat muzik. 







No comments:

Post a Comment