Friday, 16 December 2011

Rekoder Ensembel

Mengenal dan Belajar Bermain Rekoder
 
Rekoder merupakan alat muzik yang masuk dalam kelompok AEROPHONE atau alat muzik tiupan. Rekorder, atau di sebut juga Blockflute adalah suling diagonal (block=tongkol), termasuk dalam kelompok alat musik tiup kayu. Dalam bentuknya secara umum sebuah rekorder adalah berupa tabung dengan sumber suara yang dilengkapi dengan lubang-lubang yang berfungsi sebagai pengatur tinggi rendah nada.

Rekoder atau blockflute juga terdiri dari berbagai macam di antaranya rekoder soprano ada juga rekorder sopranino, alto, tenor dan bass. Masing-masing rekorder ini memiliki ambitus (rentang nada) yang berbeza-beza. Meskipun termasuk dalam kelompok alat muzik tiupan kayu, tetapi dalam perkembangannya rekoder atau blockflute juga diproduksi dengan ebonite atau plastik.

Alat muzik ini (rekoder) termasuk salah satu alat yang wajib dipelajari di sekolah – sekolah di Malaysia dan menjadi sebahagian dari alat muzik yang wajib dipelajari di sekolah untuk Tahap 2.

Nada-nada yang dihasilkan dari rekoder iaitu dengan cara membuka tutup lubang-lubangnya. Lubang-lubang pada rekoder berjumlah 8 yang boleh dibuka tutup, 7 lubang di atas dan 1 lubang di bawah.Posisi jari adalah sebagai berikut :
Penjelasan:
 
- lubang pertama paling atas (berada di bawah) menggunakan jari jempol tangan kiri.
- lubang kedua menggunakan jari telunjuk tangan kiri.
- lubang ketiga menggunakan jari tengah tangan kiri.
- lubang keempat menggunakan jari manis tangan kiri.
- lubang kelima menggunakan jari telunjuk tangan kanan.
- lubang keenam menggunakan jari tengah tangan kanan.
- lubang ketujuh menggunakan jari manis tangan kanan.
- lubang kedelapan menggunakan jari kelingking tangan kanan.

Cara meniup perlu dilatih dengan baik, supaya suara yg dihasilkan lebih baik. Kalau meniup terlalu kuat, suara yang dihasilkan akan pecah. Rekorder yang umum dipakai anak-anak sekolah adalah rekorder soprano. Rekorder soprano memiliki nada terendah not C jadi rekorder ini tidak boleh memainkan melodi lagu yang memiliki nada lebih rendah dari C.

Untuk menghasilkan tiupan yang bagus ucapkan seperti kata TU, tiupan harus rata jangan terlalu kuat meniup sehingga memekakkan telinga. Biasanya nada do (C ) adalah yang paling susah dibunyikan. Rekorder boleh disesuaikan nadanya bila terdengar agak flat, tetapi biasanya naik turunnya nada tidak sampai ½ nada. Untuk menyesuaikan nada rekorder boleh dengan menarik bahagian kepala atau ekor dari rekoder kemudian menyamakan bunyinya.

Cara atau posisi bermain rekorder yang baik adalah sebagai berikut :
 
1. Tangan kiri memegang rekoder bahagian atas, tangan kanan bahagian bawah rekoder.
2. Letakkan lubang tiupan diantara dua bibir, usahakan Jangan memasukkan sumber tiupan terlalu dalam sehingga menyentuh gigi, dan jangan digigit.
3. Empat jari tangan kiri (ibu jari,telunjuk,tengah dan manis) menutup lubang bagian atas rekoder dan empat jari tangan kanan (telunjuk,tengah dan manis) menutup lubang bahagian atas rekoder sedangkan jari kelingking menutup bahagian kaki rekoder.
4. Posisi kepala dan badan tegak dan bahu wajar(tidak tegang) ketika meniup.
5. Dada ke hadapan dan kedua belah siku di angkat sedikit sehingga tidak menyentuh badan.
6. Posisi rekoder mengarah ke depan dengan sudut 30°– 40°.

Cubalah dulu dengan memainkan nada  not C,D,E,F,G,A,B,C',D',E',F'.
Latihlah juga cara meniupnya, supaya terdengar baik sebelum mulai memainkan lagu.

MARI PELAJARI REKODER ....
  • Rekoder
Rekoder memiliki beberapa jenis, iaitu rekoder Sopranino, Soprano,Alto,Tenor dan Bass.Namun disekolah  murid  akan menggunakan rekoder soprano. Rekorder soprano termasuk jenis alat muzik tiupan yang terbuat dari kayu, namun dalam pengembangannya sekarang telah dibuat dengan menggunakan plastik.

Dibawah ini adalah gambar dari rekoder soprano.
Gambar 1. Rekoder Soprano

Rekoder terdiri atas beberapa bahagian, iaitu Kepala, Badan, Kaki, dan Mouthpiece serta lubang nada. Untuk lebih jelas lagi dibawah ini saya tampilkan gambar bahagian- bahagian rekoder soprano.

Gambar 2. Bahagian- bahagian rekoder soprano.

Kemudian setelah murid dapat mempelajari bahagian - bahagian rekoder, guru boleh membahagikan murid kepada beberapa bahagian untuk membuat rekoder ensembel.

Berikut adalah carta tiupan not dan penjarian cara memegang rekoder dengan betul.


Gambar 3. Carta rekoder Soprano.


Teknik Meniup Rekorder
Bagi teknik meniup rekoder, terdapat lima teknik atau aspek yang perlu diamalkan supaya dapat menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik.
Lima teknik tersebut ialah:
  1. Postur
  2. Embouchure
  3. Penglidahan
  4. Pernafasan
  5. Penjarian
Semua teknik di atas sangat membantu dalam menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik.

TEKNIK PERTAMA – POSTUR
Berdiri selesa, regangkan sedikit tangan

Condong 45°


Postur memainkan peranan semasa meniup rekoder.  Postur yang baik membantu untuk menghasilkan kualiti ton yang baik.  Postur semasa meniup rekoder ialah badan perlu tegak dan berada dalam keadaan selesa.  Rekoder dipegang dengan kecondongan 45 darjah dari badan.  Ini untuk memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian.  Setelah itu, tangan diregangkan sedikit agar tidak mengganggu pernafasan. Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri di bahagian atas dan jari tangan kanan di bahagian bawah. Cara ini adalah praktikal untuk permainan rekoder.  Rekoder diimbangkan dengan diletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. Gunakan ‘music stand’ untuk meletakkan skor muzik dan ini juga dapat mengekalkan postur badan yang tegak.

TEKNIK KEDUA – EMBOUCHURE 




Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut bentuk pipit (mouthpiece).  Masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelah itu bibir dirapatkan dan jangan gigit rekoder.  Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan bibir dalam keadaan selesa.

TEKNIK KETIGA – PENGLIDAHAN

Penglidahan penting untuk penghasilan not rendah dan not tinggi. Pergerakan lidah membantu pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton.
Untuk not  tengah, bunyikan ‘du’ dengan lidah.  Manakala not rendah menggunakan bunyi ‘lu’.  Bagi not tinggi, bunyikan ‘tu’ semasa meniup.  Bunyi ‘du-ku’ digunakan semasa ‘double tongueing’. Semasa memainkan not kaitan, hanya pada not pertama berlaku penglidahan.  Bagi permainan secara ‘staccato’, bunyikan ‘tut’ untuk penghasilan not pendek.

TEKNIK KEEMPAT – PERNAFASAN

Untuk meniup not rendah, tekanan udara dari ruang diafragma dilepaskan perlahan-lahan serta terkawal.  Tekanan udara yang lebih serta dilepaskan secara laju dalah untuk meniup not tinggi.  Bagi satu frasa, hanya satu pernafasan yang digunakan.

TEKNIK KELIMA – PENJARIAN


Bagi tangan kiri, ibu jari bernombor 0 menutup lubang rekoder di bahagian belakang rekoder.  Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.  Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.  Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

Untuk tangan kanan, jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.  Lubang rekoder keenam ditutup dengan jari manis yang bernombor 6.  Lubang rekoder ketuju ditutup dengan jari bernombor tujuh iaitu jari kelingking.

Terdapat dua pembukaan kecil pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7. Tujuan lubang kecil ini adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flat.


PERTANDINGAN REKODER ENSEMBLE SEKOLAH RENDAH 

1. PENDAHULUAN
Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai satu pilihan aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda.
Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika clan etika.
Di samping sebagai pendorong yang berfungi sebagai pengerak minda untuk berfikir dengan lebih aktif ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi.
Muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar sekali gus membina keyakinan kental dalam diri.

2. LATAR BELAKANG
Rekoder adalah merupakan alat muzik yang telah diperkenalkan ke sekolah­sekolah sejak pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melalui mata pelajaran Pendidikan Muzik pads tahun 1983. Pembelajaran Muzik secara formal dengan menggunakan rekoder kepada murid Tahap 2 telah bermula pada tahun 1986.
Pertandingan ini disyorkan sebagai satu aktiviti sokongan dan pengukuhan kepada aktiviti di bilik darjah (kurikulum) di samping dapat mencungkil bakat pelajar dalam permainan alat. lanya sebagai alternatif bagi pertandingan yang sedia ada.

3. MATLAMAT
Membolehkan pelajar mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.
4. OBJEKTIF
4.1 Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik pelajar.
4.2 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan. 
4.3 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan pelajar.
4.4 Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar.
4.5 Memperkembangkan bakat pelajar dalam permainan alat muzik.

5. PELAKSANAAN
5.1 Peringkat Pertandingan
5.1.1 Peringkat Awal
Akan dilaksanakan di peringkat sekolah dan daerah/gabungan
5.1.2 Peringkat Negeri
Akan dilaksanakan di peringkat negeri
5.1.3 Peringkat Kebangsaan
Pertandingan rekoder di peringkat kebangsaan
(Pertandingan secara berperingkat akan dapat melibatkan lebih banyak sekolah dalarn aktiviti ini di samping memastikan hanya pasukan yang terbaik akan mewakili sesuatu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi)
5.2 Penyertaan
5.2.1 Terbuka kepada semua sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan sahaja.
5.2.2 Hanya satu pasukan sahaja dari setiap negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat kebangsaan.

4. OBJEKTIF
4.1 Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik pelajar.
4.2 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan. 4.3 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan pelajar.
4.4 Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar.
4.5 Memperkembangkan bakat pelajar dalam permainan alat muzik.

5. PELAKSANAAN
5.1 Peringkat Pertandingan
5.1.1 Peringkat Awal
Akan dilaksanakan di peringkat sekolah dan daerah/gabungan 5.1.2 Peringkat Negeri
Akan dilaksanakan di peringkat negeri
5.1.3 Peringkat Kebangsaan
Pertandingan rekoder di peringkat kebangsaan
(Pertandingan secara berperingkat akan dapat melibatkan lebih banyak sekolah dalarn aktiviti ini di samping memastikan hanya pasukan yang terbaik akan mewakili sesuatu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi)
5.2 Penyertaan
5.2.1 Terbuka kepada semua sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan sahaja.
5.2.2 Hanya satu pasukan sahaja dari setiap negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat kebangsaan.4. OBJEKTIF
4.1 Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik pelajar.
4.2 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan. 4.3 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan pelajar.
4.4 Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar.
4.5 Memperkembangkan bakat pelajar dalam permainan alat muzik.

5. PELAKSANAAN
5.1 Peringkat Pertandingan
5.1.1 Peringkat Awal
Akan dilaksanakan di peringkat sekolah dan daerah/gabungan 5.1.2 Peringkat Negeri
Akan dilaksanakan di peringkat negeri
5.1.3 Peringkat Kebangsaan
Pertandingan rekoder di peringkat kebangsaan
(Pertandingan secara berperingkat akan dapat melibatkan lebih banyak sekolah dalarn aktiviti ini di samping memastikan hanya pasukan yang terbaik akan mewakili sesuatu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi)
5.2 Penyertaan
5.2.1 Terbuka kepada semua sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan sahaja.
5.2.2 Hanya satu pasukan sahaja dari setiap negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat kebangsaan.

11. PERMARKAHAN
11.1Harmoni 25 markah
11.2Kualiti Ton 25 markah
11.3Interpretasi 15 markah
11.4Dinamik 10 markah
11.5Imbangan (balance) 10 markah
11.6 Attack/release 10 markah
11.7 Keterampilan 5 markah

11.612. HADIAH / SIJIL.
12.1 Sijil kepada semua pelajar dan guru pengiring akan diberi kepada semua pasukan.


 Gambar peserta Rekoder Ensembel SK Sungai Behrang yang telah mendapat Johan semasa Peringkat Daerah Batang Padang 2011.






No comments:

Post a Comment